* Full tuition fee waiver for the duration of study.
The Perak State Education Department (JPN Perak) offers a tuition fee scholarship for SPM 2025 students studying in Perak, aimed at supporting high-achieving and deserving students in pursuing higher education. The award is applicable only for the 2026 academic intakes of selected institutions by Uni Enrol and JPN Perak.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menawarkan biasiswa yuran pengajian kepada pelajar SPM 2025 yang bersekolah di Perak, bagi menyokong pelajar cemerlang dan layak dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Biasiswa ini hanya terpakai untuk pengambilan akademik tahun 2026 bagi institusi-institusi terpilih oleh Uni Enrol dan JPN Perak sahaja.
Scholarship Requirements
-
Open to students who completed their SPM in 2025 at a secondary school located within the state of Perak.
-
Applicants must have obtained at least a Pass in Bahasa Melayu and Sejarah.
-
All SPM subjects are considered for merit except for:
- 1119 (GCE-O)
- Principles of Accounting Dual Certification (LCCI)
- Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
-
Awards are subject to a selection process by JPN Perak and Uni Enrol based on:
- Family household income <RM8,000 per month.
- Co-curricular achievements.
- Special circumstances (e.g., single-parent households).
- Children of civil servants or government school teachers.
-
Recipients are entitled to only one (1) scholarship, bursary, or discount at any time.
-
If a recipient accepts an external scholarship or sponsorship after receiving this award, this scholarship will be terminated immediately. Should the external aid be withdrawn or lost later, this award will not be reinstated.
-
The award is specific to the programme and intake granted. Any unauthorized changes to the course, intake date, or duration of study will result in immediate termination of the award.
-
Recipients must maintain an overall minimum of CGPA 2.5 for the enrolled programme.
-
Any request for a change of programme/intake or deferment/withdrawal must be made in writing to Uni Enrol. Approval is at the absolute discretion of JPN Perak and Uni Enrol.
-
Students remain responsible for paying all non-covered fees by the institution's deadlines. Failure to do so may result in being barred from classes and disqualification from the scholarship.
-
By applying, the applicant consents to JPN Perak and Uni Enrol using their personal data for:
- Processing applications and conducting periodic audits (e.g., grade reviews).
- Communicating details regarding events, academic programmes, and marketing.
- Right to use the recipient’s name, photo and story for promotional purposes.
- All data will be handled in strict accordance with the Personal Data Protection Act (PDPA) guidelines.
-
Biasiswa ini terbuka secara eksklusif kepada pelajar yang telah menamatkan peperiksaan SPM pada tahun 2025 di sekolah menengah yang terletak di negeri Perak.
-
Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
-
Semua mata pelajaran SPM akan diambil kira untuk merit kecuali:
- 1119 (GCE-O)
- Prinsip Perakaunan Dwi Sijil (LCCI)
- Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
-
Biasiswa ini adalah tertakluk kepada proses pemilihan oleh JPN Perak dan Uni Enrol berdasarkan:
- Pendapatan isi rumah keluarga <RM8,000 sebulan.
- Pencapaian kokurikulum.
- Keadaan khas (contoh: isi rumah ibu/bapa tunggal).
- Anak-anak kakitangan awam kerajaan atau guru sekolah kerajaan
-
Penerima hanya berhak mendapat satu (1) biasiswa, bursari, atau diskaun pada satu-satu masa.
-
Sekiranya penerima menerima biasiswa atau tajaan luar selepas menerima biasiswa ini, biasiswa ini akan ditamatkan dengan serta-merta. Sekiranya bantuan luar tersebut kemudiannya ditarik balik atau hilang, biasiswa ini tidak akan dipulihkan semula.
-
Biasiswa adalah khusus untuk program dan pengambilan yang telah diluluskan. Sebarang perubahan kursus, tarikh pengambilan, atau tempoh pengajian yang tidak dibenarkan akan mengakibatkan penamatan biasiswa dengan serta-merta.
-
Penerima biasiswa mestilah mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 2.5 secara keseluruhan sepanjang tempoh pengajian dalam program yang didaftarkan.
-
Sebarang permintaan pertukaran program, pengambilan, penangguhan, atau penarikan diri mestilah dibuat secara bertulis kepada Uni Enrol. Kelulusan adalah atas budi bicara mutlak JPN Perak dan Uni Enrol.
-
Pelajar tetap bertanggungjawab untuk membayar semua yuran yang tidak dilindungi mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh institusi. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pelajar dihalang daripada menghadiri kelas dan dibatalkan kelayakan biasiswanya.
-
Pemohon memberi persetujuan kepada JPN Perak dan Uni Enrol untuk menggunakan data peribadi mereka bagi tujuan:
- Memproses permohonan dan menjalankan audit berkala (contoh: semakan keputusan).
- Menyampaikan maklumat berkaitan acara, program akademik, dan pemasaran.
- Menggunakan nama, gambar, dan kisah kejayaan penerima bagi tujuan promosi dan publisiti program biasiswa ini.
- Semua data akan diuruskan selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Award Details
- The award covers tuition fees only. It does not cover registration fees, hostel accommodation, or living expenses.
- Biasiswa ini meliputi yuran pengajian sahaja. Ia tidak merangkumi yuran pendaftaran, penginapan di asrama, atau perbelanjaan sara hidup.
Application Process
-
For more info and to apply, please visit: https://scholarsearch.unienrol.com/jpnperak
-
Applications must be submitted using actual SPM results.
-
JPN Perak and Uni Enrol reserve the right to request additional supporting documents. Failure to provide these within the stipulated deadline will render the application null and void.
-
All applications must be completed and submitted by 30 April 2026. Late or incomplete applications will not be accepted.
-
Selection timing: 1 May to 30 May 2026
-
Announcement date: 15 June 2026
-
Acceptance deadline: 30 June 2026
-
Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, sila lawati: https://scholarsearch.unienrol.com/jpnperak
-
Permohonan mestilah dikemukakan menggunakan keputusan SPM sebenar.
-
JPN Perak dan Uni Enrol berhak meminta dokumen sokongan tambahan. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen tersebut dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan terbatal dan tidak sah.
-
Semua permohonan mesti dilengkapkan dan dikemukakan sebelum atau pada 30 April 2026. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan diterima.
-
Tempoh pemilihan: 1 Mei hingga 30 Mei 2026
-
Tarikh pengumuman: 15 Jun 2026
-
Tarikh akhir penerimaan: 30 Jun 2026
About JPN Perak
This tuition fee scholarship is sponsored by the Perak State Education Department (JPN Perak) in collaboration with Uni Enrol. The partnership aims to support high-achieving SPM 2025 students from Perak by providing opportunities to pursue higher education at selected institutions.
Biasiswa yuran pengajian ini ditaja oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN Perak) dengan kerjasama Uni Enrol. Kerjasama ini bertujuan menyokong pelajar cemerlang SPM 2025 dari Perak dengan menyediakan peluang untuk melanjutkan pengajian di institusi terpilih.




