Tuition fee waiver of up to 100% for eligible courses
Together with Negeri Sembilan State Government, Uni Enrol offers a tuition fee scholarship for SPM/STPM 2025 students studying in Negeri Sembilan, aimed at supporting high-achieving and deserving students in pursuing higher education. The award is applicable only for the 2026 academic intakes of selected institutions by Uni Enrol and Partner Universities.
Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dan Uni Enrol menawarkan biasiswa yuran pengajian kepada pelajar SPM/STPM 2025 yang bersekolah di Negeri Sembilan, bagi menyokong pelajar cemerlang dan layak dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Biasiswa ini hanya terpakai untuk pengambilan akademik tahun 2026 bagi institusi-institusi terpilih oleh Uni Enrol dan universiti rakan strategik sahaja.
Scholarship Requirements
-
Open to students who completed their SPM/STPM in 2025 at a school located within the state of Negeri Sembilan.
-
Applicants must have obtained at least a Pass in SPM Bahasa Melayu and Sejarah.
-
All SPM/STPM subjects are considered for merit except for:
- 1119 (GCE-O)
- Principles of Accounting Dual Certification (LCCI)
- Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
-
Awards are subject to a selection process by Uni Enrol and partner universities based on:
- Family household income <RM10,000 per month.
- Co-curricular achievements.
- Special circumstances (e.g., single-parent households).
- Children of civil servants or government school teachers.
-
Recipients are entitled to only one (1) scholarship, bursary, or discount at any time.
-
If a recipient accepts an external scholarship or sponsorship after receiving this award, this scholarship will be terminated immediately. Should the external aid be withdrawn or lost later, this award will not be reinstated.
-
The award is specific to the programme and intake granted. Any unauthorized changes to the course, intake date, or duration of study will result in immediate termination of the award.
-
Recipients must maintain an overall minimum CGPA requirement for the enrolled programme.
-
Any request for a change of programme/intake or deferment/withdrawal must be made in writing to Uni Enrol. Approval is at the absolute discretion of partner universities and Uni Enrol.
-
Students remain responsible for paying all non-covered fees by the institution's deadlines. Failure to do so may result in being barred from classes and disqualification from the scholarship.
-
By applying, the applicant consents to partner universities and Uni Enrol using their personal data for:
- Processing applications and conducting periodic audits (e.g., grade reviews).
- Communicating details regarding events, academic programmes, and marketing.
- Right to use the recipient’s name, photo and story for promotional purposes.
- All data will be handled in strict accordance with the Personal Data Protection Act (PDPA) guidelines.
-
Biasiswa ini terbuka secara eksklusif kepada pelajar yang telah menamatkan peperiksaan SPM/STPM pada tahun 2025 di sekolah menengah yang terletak di Negeri Sembilan.
-
Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Lulus dalam mata pelajaran SPM Bahasa Melayu dan Sejarah.
-
Semua mata pelajaran SPM/STPM akan diambil kira untuk merit kecuali:
- 1119 (GCE-O)
- Prinsip Perakaunan Dwi Sijil (LCCI)
- Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
-
Biasiswa ini adalah tertakluk kepada proses pemilihan oleh rakan universiti dan Uni Enrol berdasarkan:
- Pendapatan isi rumah keluarga <RM10,000 sebulan.
- Pencapaian kokurikulum.
- Keadaan khas (contoh: isi rumah ibu/bapa tunggal).
- Anak-anak kakitangan awam kerajaan atau guru sekolah kerajaan
-
Penerima hanya berhak mendapat satu (1) biasiswa, bursari, atau diskaun pada satu-satu masa.
-
Sekiranya penerima menerima biasiswa atau tajaan luar selepas menerima biasiswa ini, biasiswa ini akan ditamatkan dengan serta-merta. Sekiranya bantuan luar tersebut kemudiannya ditarik balik atau hilang, biasiswa ini tidak akan dipulihkan semula.
-
Biasiswa adalah khusus untuk program dan pengambilan yang telah diluluskan. Sebarang perubahan kursus, tarikh pengambilan, atau tempoh pengajian yang tidak dibenarkan akan mengakibatkan penamatan biasiswa dengan serta-merta.
-
Penerima biasiswa mestilah mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum yang ditetapkan oleh universiti masing-masing secara keseluruhan sepanjang tempoh pengajian dalam program yang didaftarkan.
-
Sebarang permintaan pertukaran program, pengambilan, penangguhan, atau penarikan diri mestilah dibuat secara bertulis kepada Uni Enrol. Kelulusan adalah atas budi bicara mutlak rakan universiti dan Uni Enrol.
-
Pelajar tetap bertanggungjawab untuk membayar semua yuran yang tidak dilindungi mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh institusi. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pelajar dihalang daripada menghadiri kelas dan dibatalkan kelayakan biasiswanya.
-
Pemohon memberi persetujuan kepada rakan universiti dan Uni Enrol untuk menggunakan data peribadi mereka bagi tujuan:
- Memproses permohonan dan menjalankan audit berkala (contoh: semakan keputusan).
- Menyampaikan maklumat berkaitan acara, program akademik, dan pemasaran.
- Menggunakan nama, gambar, dan kisah kejayaan penerima bagi tujuan promosi dan publisiti program biasiswa ini.
- Semua data akan diuruskan selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Award Details
- The award covers 100% or partial tuition fee waiver only for the applicable courses (see list below). It does not cover registration fees, hostel accommodation, or living expenses.
- Biasiswa ini meliputi 100% atau sebahagian daripada yuran pengajian sahaja bagi kursus-kursus yang terpilih (sila merujuk ke senarai nama di bawah). Ia tidak merangkumi yuran pendaftaran, penginapan di asrama, atau perbelanjaan sara hidup.
- IMU University, Bukit Jalil - Foundation in Arts, Degree (except MBBS, Dentistry, ODL)
- Multimedia University, Cyberjaya - Foundation to Degree (cover Business & IT)
- Dasein Academy of Arts - Diploma in Fine Art, Diploma in Graphic Design / Digital Media
- Forward College, Penang - NitroDegree in Applied Software Engineering
- First City University College, Bandar Utama - Foundation In Business Management, Diploma in IT/Computer Science, Diploma in Business Administration
- HELP University, Subang/Damansara Heights - Diploma (various fields)
- UTAR Sungai Long/Kampar - Foundation in Arts / Science
Application Process
- For more info and to apply, please visit: https://scholarsearch.unienrol.com/programbiasiswanegerisembilan
- Applications must be submitted using actual SPM/STPM results.
- Uni Enrol reserve the right to request additional supporting documents. Failure to provide these within the stipulated deadline will render the application null and void.
- All applications must be completed and submitted by 31 July 2026. Late or incomplete applications will not be accepted.
- Selection timing: 1 Aug to 10 Aug 2026
- Announcement date: 15 Aug 2026
- Acceptance deadline: 22 Aug 2026
- Shortlisted candidate will be invited to attend a simple verification discussion to ensure profile authenticity and student commitment for the purpose of final selection.
- Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, sila lawati: https://scholarsearch.unienrol.com/programbiasiswanegerisembilan
- Permohonan mestilah dikemukakan menggunakan keputusan SPM/STPM sebenar.
- Uni Enrol berhak meminta dokumen sokongan tambahan. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen tersebut dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan terbatal dan tidak sah.
- Semua permohonan mesti dilengkapkan dan dikemukakan sebelum atau pada 31 July 2026. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan diterima.
- Tempoh pemilihan: 1 Ogos hingga 10 Ogos 2026
- Tempoh pengumuman: 15 Ogos 2026
- Tarikh akhir penerimaan: 22 Ogos 2026
- Calon-calon yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri temubual yang ringkas bagi tujuan mengesahi latar belakang dan komitmen calon sebelum keputusan muktamad boleh dibuat.
About Negeri Sembilan State Government
The Negeri Sembilan state government aspires to further the talent development of youths by leveraging on strategic educational financial aid to ensure equitable access to higher education.
Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi pembangunan bakat golongan belia menerusi pemanfaatan bantuan kewangan pendidikan yang strategik, demi menjamin kesaksamaan akses terhadap pendidikan tinggi.




